MERAWAT KES GILA ISIM SILAT BATIN..



Baru tadi kami merawat seorang lelaki berumur 20an yang berbadan besar terus mengamuk lalu bersilat ganas tiba-tiba apabila melangkah masuk ke pusat rawatan kami di PJ.Beliau boleh dikatakan seorang yang panas baran dan juga gila isim dek kerana suka menuntut banyak silat batin sewal usia belasan tahun.Apabila niat kita menuntut ilmu kerana ingin menjadi hebat/sakti/kuat,secara tak langsung Allah SWT akan melorongkan kita pada perguruan kebatinan yang berJIN dan lambat laun akan menyebabkan kita menjadi seorang yang panas baran lalu gila isim.

Apabila pesakit mengamuk dan bersilat ganas,kami hanya membacakan ayat-ayat bius supaya pesakit mengantuk dan tertidur,apabila pesakit mulai lemah dan terbaring barulah kami membacakan ruqyah dan hizib pada air dan juga syampu bidara.Pesakit disyorkan balik kerumah lalu minum dan mandi syampu bidara selama 3 hari berturut-turut dan juga mengamalkan solat taubat dan juga zikir istinjak demi meluruskan kembali akidah yang sudah lama terpesong.Ingatlah Allah SWT itu haknya maha hebat dan kuat,jadi kita sebagai manusia kena sedar diri yang kita nie adalah hamba yang lemah disisiNya.

Comments

Popular posts from this blog

KHIDMAT RAWATAN JARAK JAUH

BARANG SIHIR DALAM BADAN

KHIDMAT RAWATAN JARAK JAUH