Posts

Showing posts from September, 2013

MEMANAH ADALAH SALAHSATU RIADAH ANJURAN RASULULLAH SAW

Image
-Meningkatkan kekuatan tangan
-Meningkatkan tahap fokus melakukan sesuatu perkara
-Untuk melatih umat islam bersedia perang diakhir zaman kerana taktikal perang akhir zaman akan mengikut kaedah lama seperti berkuda,pedang dan juga panah.
-Untuk riadah memanah boleh kunjungi di Sunway Pyramid

Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: “Lemparkanlah (lepaskanlah anak panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)

ADAB MAKAN CARA RASULULLAH SAW

Image
-Mulakan dengan Bismillah
-Diakhiri dengan Alhamdulillah
-Makan dengan tangan kanan
-Tidak mengeji makanan
-Makan dengan kadar sederhana/tidak berlebihan/berhenti sebelum kenyang
-Makan secara berjemaah/kongsi dulang makanan
-Tidak bernafas pada gelas minuman
-Mulakan makanan yang berada dihadapan dahulu
-Menjilat jari jemari setelah selesai makan
-Posisi duduk ialah kaki kiri dilipat bawah punggung dan lutut kanan ditegakkan

MERAWAT ORANG GAJI INDONESIA MENGAMUK

Image
Tiga hari lepas saya dijemput ke sebuah rumah berhampiran ICT Shah Alam kerana ada kes orang gaji indonesia merasuk teruk selama 3 hari.Semasa saya sampai pembantu rumah tersebut masih lagi berdiri kerasukan dan dalam keadaan yang sangat marah sekali.

Saya bersama majikan beliau meniarapkan pembantu rumah tersebut lalu membacakan ayatul kursi ulang-ulang pada air sekali.Dalam 15min ruqyah dibacakan pembantu rumah tersebut mulai lemah dan saya menyuruh pembantu rumah yang lain  memandikannya bersama dengan ais.Bila keadaan pembantu rumah tersebut agak sedar dan tidak merasuk lagi,saya sempat bertanyakan beberapa soalan dan saya suruh beliau berehat dalam bilik untuk tidur rehatkan diri kerana sudah lama sangat kerasukan.

Dari penelitian saya melalui kes diatas,pembantu rumah itu terlalu stress selama beliau bekerja dirumah tersebut dan dalam masa yang sama roh beliau juga lemah dek kurang amalan kerohanian.

Dalam hal ini pihak majikan kena berbincang dan perhalusi tentang …

PERKARA-PERKARA YANG MEMBENTENGI DIRI DARI SIHIR

Image
-Istiqomah memakan kurma ajwa 7 biji setiap pagi
-Sentiasa tubuh dalam keadaan berwudhu
-Lazimkan solat berjemaah
-Lazimkan solat tahajud
-Lazimkan membaca ayatul kursi setiap hari
-Membaca doa keluar rumah
-Membaca doa perlindungan setiap kali masuk tandas

MERAWAT CYBER CAFE YANG BERBAU BANGKAI..

Image
Seminggu yang lepas kami dijemput untuk merawat cyber cafe yang berbau bangkai di Shah Alam,dan dalam masa yang sama ramai pelanggan tetap komplen yang premis beliau kelihatan tutup selalu.

   Setibanya kami sampai dipremis tersebut,bulu roma meremang dan tengkuk agak sejuk petanda memang ada gangguan jin yang aktif dalam cyber cafe tersebut.Kami terus membacakan set 20 ayat ruqyah,kemudian diakhiri dengan azan,lalu kami sembur rata-rata seluruh premis tersebut.Alhamdulillah bau bangkai sudah tiada lagi petanda gangguan sihir mulai tawar sedikit demi sedikit.

Bagi mereka yang inginkan perawat islam datang kerumah/kedai sila SMS Utz Haikal 013-347 5449 terhad untuk kawasan KL/SEL sahaja.

PERKARA YANG MENGUNDANG JIN ASYIK..

Image
Jin asyik adalah jin jantan yang suka mencintai/menindih/merogol kaum wanita.Kaum wanita perlu peka pada simptom-simptomnya supaya gangguan ini mudah dirawat...

-Kerap sakit kepala selepas asar

-Badan kerap gatal-gatal

-Ada tanda lebam pada lutut/peha

-Badan jadi sakit/lenguh apabila bangun tidur

-Kitaran haid tidak teratur

-Sakit dibahagian ari-ari

-Halangan dalam bab jodoh

Perkara-perkara yang menyebabkan jin asyik suka mengganggu wanita..

-Suka berpakaian seksi dirumah

-Tidur berseorangan

-Penakut/lemah semangat

-Bilik tidur yang kotor/berselerak

-Suka bersolek

-Suka mengagumi susuk tubuh badan sendiri

-Mandi bogel

-Tidak membaca doa ketika masuk bilik air

-Tidak membaca doa perlindungan sebelum tidur

-Suka mengelamun/termenung

-Kerap menyendiri/tidak bercampur dengan kawan-kawan