JIN MELOMPAT BILA TERKENA AYAT RUQYAH


Lima hari yang lepas saya ada dijemput oleh sekeluarga dari Bandar Sunway untuk melakukan rawatan sihir dirumah mereka.Mereka sekeluarga mengalami sakit kepala yang agak kuat apabila menjelang maghrib.Apabila saya sampai disana,saya terus membacakan set ayat ruqyah pada mereka sekeluarga dan juga air mineral 2 peti.Semasa proses ruqyah dibacakan,pesakit mula kerasukan dengan melompat-lompat seperti katak.Rawatan dihentikan buat sementara waktu,saya terus memberi pesakit air ruqyah,kemudian sesi ruqyah terus disambung.Alhamdulillah pesakit tidak melompat lagi,pesakit merasakan ada sesuatu keluar di hujung jari selepas sesi ruqyah kedua tersebut.Sebelum pulang saya menyuruh semua ahli keluarga untuk minum,mandi dan renjis seluruh rumah dengan air ruqyah yang saya bacakan tadi,mudah-mudahan Allah memberi kesembuhan kepada mereka sekeluarga.

 Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

Comments

  1. assalamualaikum, saya ada mendengarkan bacaan ruqyah kepada air sebanyak 3x kemudian dibuat minum. dalam tempoh sehari minum, badan saya terasa menucuk-nucuk, sakit di ari-ari seperti dicucuk dan sakit di hujung jari kaki seperti dicucuk-cucuk.dan bahu terasa berat dan kebas. adakah ini tanda-tanda gagguan? perlukan saya meneruskan amalan ini?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KHIDMAT RAWATAN JARAK JAUH

KHIDMAT RAWATAN JARAK JAUH

BARANG SIHIR DALAM BADAN