KAEDAH THIBBUN NABAWI ADALAH KAEDAH AMPUH MERAWAT MASALAH GANGGUAN JIN

Kaedah thibbun nabawi adalah satu kaedah perubatan islam yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada sahabat dan seluruh umat islam amnya sebagai panduan berguna dalam merawat segala penyakit/masalah kehidupan.

Akhir-akhir ini ramai umat islam di seluruh Malaysia sering mengalami masalah penyakit gangguan jin,dan ramai jugaler pesakit tercari-cari kaedah mana yang terbaik dalam merawat masalah gangguan mereka. Kaedah-kaedahnya ialah..

-Pesakit mencari perawat untuk dibacakan al quran pada diri mereka.
 -Pesakit minum sebanyak mungkin air yang telah dibacakan al quran.
-Pesakit spray rumah dengan air yang telah dibacakan al quran.
 -Pesakit juga kerap mandi air yang telah dibacakan al quran.
 -Pesakit juga perlu istiqomah membaca ayat perlindungan diri seperti kursi dan 3qul sebanyak mungkin setiap hari.
 -Pesakit juga boleh menambah herba daun bidara 7 helai dengan ditumbuk lalu dicampurkan pada air minuman dan mandian.
 -Pesakit perlu makan kurma ajwa 7biji setiap pagi selama sebulan.
 -Pesakit minum 2 sudu madu setiap pagi.
-Pesakit makan kapsul habbatus sawda 1biji pagi dan 1biji petang setiap hari.
-Pesakit sapu anggota yang sakit/bermasalah dengan minyak habbatus sawda/minyak zaitun sahaja.
-Pesakit perlu berbekam/al hijamah seminggu sekali selama sebulan.

Bagi mereka yang mengalami sebarang penyakit gangguan jin seperti histeria,santau,sihir dan saka.Anda disyorkan mengamalkan semua kaedah yang saya senaraikan diatas,insyaAllah penyakit anda akan berkurangan secara mendadak dalam tempoh kurang sebulan,selamat mencuba..

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Comments

Popular posts from this blog

KHIDMAT RAWATAN JARAK JAUH

KHIDMAT RAWATAN JARAK JAUH

BARANG SIHIR DALAM BADAN