APA ITU SIHIR PELALAU ?

Bomoh yang mengerjakan sihir menugaskan beberapa jin supaya mendekati gadis yang menjadi sasarannya hingga dapat masuk ketubuhnya.Jin tersebut akan melakukan salah satu antara dua iaitu masuk kedalam gadis tersebut,lalu menyebabkan dia merasa benci kepada setiap calon suami yang mengemukakan lamaran kepadanya.Jika jin tersebut tidak boleh masuk,ia akan menyihir dengan cara menipu penglihatan dari luar lalu dibayangkan serta membisikkan kepada calon suami bahawa wanita tersebut berwajah hodoh.Kemudian lelaki yang telah mengemukakan lamarannya kepada gadis tersebut tidak mahu menerimanya sekalipun pada awalnya telah bersetuju.Setelah bebrapa hari lelaki tersebut mengembalikan lamaran akibat bisikan syaitan kepadanya.Petanda seseorang terkena pelalau ialah sering pening kepala yang berterusan,tidak berhenti sekalipun sudah memakan ubatan moden.Dada juga terasa sempit selepas waktu asar keatas,fikiran sering mnelayang,gelisah tidur malam,sakit diperut dan juga sakit tulang punggung.

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

Comments

Popular posts from this blog

KHIDMAT RAWATAN JARAK JAUH

KHIDMAT RAWATAN JARAK JAUH

BARANG SIHIR DALAM BADAN