JIN BERBAHASA ARAB KUNO


Enam hari lepas kami menerima jemputan untuk merawat kes sihir pemisah rumah tangga di Shah Alam.Si isteri sudah menderita sakit selama 10 tahun lamanya akibat disihir oleh keluarga mentua akibat perkahwinan yang tidak direstui oleh mereka.Simptom yang beliau alami ialah kerap sakit kepala dan pinggang,panas baran dan sering bertengkar dengan suami tentang perkara hal remeh temeh.Selain itu pesakit juga kerap bermimpi buruk setiap malam seperti bermimpi dipatuk ular dan sebagainya.Pada awal-awal rawatan dahulu,bila dibacakan ruqyah, pesakit akan kerasukan dengan sangat agresif dan mengejar sisuami,setelah 3x sesi rawatan ruqyah dengan kami,kali ini pesakit tidak agresif bila merasuk,cuma jin pengganggu bercakap menggunakan dialek bahasa arab kuno sambil memandang suami dengan penuh garang dan kebencian.Semasa sesi rawatan kali ini,kami terus membacakan ayat ruqyah pembatal sihir dengan panjang tanpa berdialog dengan jin pengganggu.Di penghujung rawatan,pesakit disyorkan minum madu + air doa 5x sehari selama seminggu,mandi ais + air doa selama seminggu,berbekam sebulan sekali dan amalkan membaca yaseen 2x sehari secara istiqomah sampai bila-bila bagi menawarkan segala gangguan sihir dalam badan,rawatan tamat...

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

Comments

Popular posts from this blog

KHIDMAT RAWATAN JARAK JAUH

KHIDMAT RAWATAN JARAK JAUH

BARANG SIHIR DALAM BADAN