Posts

Showing posts from January, 2012

RAWATAN KES SIHIR BERAT DI HOSPITAL TAWAKAL KPJ KL

Image
Minggu lepas saya menerima jemputan dari seorang surirumah yang meminta pertolongan untuk merawat suaminya yang tiba-tiba jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital akibat perut yang membesar dan mengalami kerosakan organ hati serta buah pinggang secara mengejut.Selain itu,pesakit juga sering meracau bila tidur malam dan kerap tidak sedar dan separa kerasukan apabila waktu siang hari.Pesakit sebenarnya bekerja sebagai pensyarah di IPTA dan baru-baru ini pihak IPTA berura-ura untuk menaikkan pangkat pesakit kepada Prof Madya,dalam masa seminggu selepas mendengar berita baik tersebut,pesakit terus dimasukkan hospital akibat masalah organ dalaman yang saya sebutkan diatas tadi.Saya membacakan ruqyah syar'iyah pada air zam zam dan juga pesakit untuk pesakit minum dan sapu seluruh badan 3x sehari dan saya syorkan mereka memasang cd ruqyah 24jam dalam bilik pesakit untuk terapi al quran yang berterusan bagi menawarkan segala gangguan dan memulihkan organ dalaman pesakit,rawatan tamat..

Firma…

KERJAYA PEGUAM BELA/PENDAKWA RAYA ADALAH BERISIKO TINGGI TERKENA SIHIR

Image
Semenjak kebelakangan ini kami kerap menerima jemputan oleh pesakit dikalangan peguam-peguam akibat masalah sihir yang menyebabkan anggota badan mereka sakit-sakit dan ada sebahagiannya tidak boleh meneruskan tugas guaman mereka.Kerjaya mereka ini memang berisiko tinggi untuk terkena tempias sihir dari Client/Plaintif mereka.Simptom-simptom yang mereka alami selalunya bahu/badan terasa berat/malas,kepala rasa berat ataupun blank bagi menghilangkan fokus kerja serta bisa-bisa anggota badan.
Cara untuk menangani masalah ini ialah,para peguam disyorkan memakai wangian kasturi hitam dan membaca Kursi 7x sebelum masuk ke Mahkamah ataupun sebelum memulakan perbiacaraan.Amalan perlindungan harian mereka ialah baca Kursi dan 3Qul 1x tiap-tiap lepas solat,insyaAllah segalan urusan mereka mudah,dipelihara dari gangguan syaitan/jin dan tidak banyak halangan.

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi o…

TONER AURA SERI MENAIKKAN SERI WAJAH RM20

Image
Alhamdulillah produk terbaru kami iaitu TONER AURA SERI baru sahaja dilancarkan,ia adalah pati air mawar yang sudah dibacakan ayat-ayat al quran pembatal sihir dan ayat penyeri wajah,khasiatnya ialah...

- Menaikkan seri wajah dan menghilangkan wajah kusam.
Toner Aura Seri perlu spray 7x pada wajah dalam keadaan pejamkankan mata sebelum tidur,biarkan kering sendiri dan lakukannya setiap malam.

- Menghilangkan sakit kepala,berat tengkuk,berat pada bahu,lenguh pinggang dan sakit dada akibat gangguan jin.
Toner Aura Seri perlu spray 7x pada tempat yang sakit/bermasalah,insyaAllah akan beransur sembuh.

-Mudah fokus pada pelajaran/kerjaya/perniagaan.
Toner Aura Seri perlu spray 7x pada wajah,meja dan kerusi tempat anda belajar/bekerja setiap hari.

-Merawat bayi menangis malam.
Toner Aura Seri spray 7x pada wajah bayi dan perut bayi jika bayi menangis tak berhenti pada waktu tengah malam.

Bagi pembelian secara online,sila bankin RM20 Maybank 164164870421/CIMB 12700006334522 atas nama AHMAD,kemu…

MAKANLAH KURMA AJWA 7BIJI SETIAP PAGI SUPAYA CEPAT SEMBUH DARI PENYAKIT GANGGUAN JIN

Image
Diceritakan Pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang berpuasa dan apabila tiba waktu untuk berbuka puasa satu makanan pun tidak ada untuk dimakan oleh baginda.

Malaikat Jibril yang melihat keadaan Rasulullah S.A.W sedemikian merasa sedih lalu ia memohon kepada Allah S.W.T supaya mengurniakan sesuatu makanan untuk rasul kesayangan-Nya berbuka puasa, lalu Allah S.W.T yang sememangnya Maha Mengetahui segalanya memperkenankan permintaan malaikat Jibril tersebut dan diberikanlah buah kurma yang istimewa ini untuk Rasulullah S.A.W berbuka puasa.

Setelah selesai iftar, biji buah kurma tersebut kemudian ditanam oleh Rasulullah S.A.W. Bermula dari peristiwa itulah seterusnya pokok kurma Ajwa ni membesar di kawasan Madinah. Dan dimaklumkan juga kurma Ajwa tidak akan hidup dan berbuah di mana-mana tempat selain Madinah.

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud : “Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad m…

JIN BERBAHASA ARAB KUNO

Image
Enam hari lepas kami menerima jemputan untuk merawat kes sihir pemisah rumah tangga di Shah Alam.Si isteri sudah menderita sakit selama 10 tahun lamanya akibat disihir oleh keluarga mentua akibat perkahwinan yang tidak direstui oleh mereka.Simptom yang beliau alami ialah kerap sakit kepala dan pinggang,panas baran dan sering bertengkar dengan suami tentang perkara hal remeh temeh.Selain itu pesakit juga kerap bermimpi buruk setiap malam seperti bermimpi dipatuk ular dan sebagainya.Pada awal-awal rawatan dahulu,bila dibacakan ruqyah, pesakit akan kerasukan dengan sangat agresif dan mengejar sisuami,setelah 3x sesi rawatan ruqyah dengan kami,kali ini pesakit tidak agresif bila merasuk,cuma jin pengganggu bercakap menggunakan dialek bahasa arab kuno sambil memandang suami dengan penuh garang dan kebencian.Semasa sesi rawatan kali ini,kami terus membacakan ayat ruqyah pembatal sihir dengan panjang tanpa berdialog dengan jin pengganggu.Di penghujung rawatan,pesakit disyorkan minum madu + a…