TERASA BULUH KELUAR DARI KAKI


Dua hari lepas kami dijemput untuk merawat seorang wanita di Batu Caves yang disyaki terkena santau akibat dengki oleh rakan sekerja,pesakit tersebut kerap bermipi dipatuk ular,badan bisa-bisa dan muntah darah.Sampai sahaja dirumah pesakit kami terus membacakan set ayat ruqyah pembatal sihir kepada pesakit sehingga tamat.Selesai sahaja bacaan ruqyah,pesakit memberitahu kami semasa beliau memejamkan mata tadi,beliau nampak banyak buluh runcing berselerakan keluar dari dibahagian kaki dan dalam masa yang sama juga beliau turut merasai secara fizikal seperti ada sesuatu keluar dari hujung kaki.Kami berikan pesakit minum madu + air ruqyah dan kami spray seluruh rumah pesakit bagi mematikan sebarang objek sihir/jin yang berada dalam kawasan rumah pesakit.Pesakit juga disyorkan mandi air ruqyah selama 7 hari berturut-turut,banyak membaca ayat-ayat perlindungan serta berpantang makanan yang berlimau,bercuka,rebung,bergaram dan pedas selama 3 bulan,rawatan tamat...

Bagi sesiapa yang berminat untuk rawatan aura seri ataupun rawatan gangguan jin ketempat anda,sila SMS ke 013-347 5449 Utz Haikal untuk temujanji.

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

Comments

Popular posts from this blog

KHIDMAT RAWATAN JARAK JAUH

BARANG SIHIR DALAM BADAN

KHIDMAT RAWATAN JARAK JAUH