SEKITAR SEMINAR PERUBATAN ISLAM ANJURAN JAIS KHAMIS 3NOV SHAH ALAM





Semalam 3Nov En Ahmad,Utz Haikal dan Utz Hanafiah sempat menghadiri pembentangan kertas kerja Aanjuran JAIS,seramai 300 pengamal perubatan alternatif dan perawat islam negeri Selangor menghadiri seminar tersebut antaranya Utz Dato Harun Din,Dr Jahid Sidek,Utz Ismail Kamus,Syekhul Maqari Utz Othman Hamzah,Dato Dr Basharudin Panjang,Utz Majid Hasan,perawat KISWAH klang dan banyak darul lagi yang tidak sempat saya sebutkan disini.

Tajuk Seminar : Perubatan Alternatif-Amalan & Kepercayaan Berdasarkan Prinsip Prinsip Islam

Pembentang Kertas Kerja 1: "Perubatan Alternatif Mengikut Perspektif Islam-Satu Tinjuan" dibentangkan oleh Dr Zulkifli Bin Mohamad Al Bakri merangkap AJK FATWA N Sembilan & Terengganu,Pensyarah Fakulti Syariah USIM.

Pembentang Kertas Kerja 2: "Keadaan & Perkara Atau Tindakan Yang Menbawa Kepada Penyelewengan Akidah Dalam Pengubatan Alternatif" dibentangkan oleh Dato Ismail Kamus merangkap Pengerusi Darussalam.


Pembentang Kertas Kerja 3: "Tanggungjawab Masyarakat & Pihak Berwajib Dalam Membendung & Mengekang Perkara-Perkara Penyelewengan Dalam Pengubatan Alternatif" dibentangkan oleh Utz Shahzihan merangkap Ketua Penolong Pengarah JAIS.

Dalam sesi soal jawab peserta,Utz Hanafiah juga sempat bertanyakan soalan kepada Utz Ismail Kamus tentang penggalakan muamalah islam dalam pembayaran matawang DIRHAM oleh pesakit kepada pusat rawatan islam dan juga pemurnian definisi SAKA lebih kepada gangguan jin biasa sahaja..

Comments

Popular posts from this blog

KHIDMAT RAWATAN JARAK JAUH

BARANG SIHIR DALAM BADAN

KHIDMAT RAWATAN JARAK JAUH