Posts

Showing posts from August, 2011

RUQYAH + BEKAM = RAWATAN AMPUH GANGGUAN JIN

Image
Hampir 2 tahun kami (En Ahmad dan Utz Hanafiah ) menjalankan kajian kes tentang kaedah ampuh rawatan gangguan jin menggunakan gabungan 2 teknik iaitu teknik ruqyah dan al hijamah/bekam.Dari pemerhatian kami dan respon dari pesakit kami yang lepas,ternyata banyak kes berat dapat kami selesaikan dengan izinNya dan jangkamasa kesembuhan pun semakin pantas.

Bagi pesakit gangguan jin diluar sana yang masih lagi menderita penyakit santau,sihir dan juga saka,saya syor anda istiqomah 2 minggu sekali menjalani rawatan terapi ruqyah syar'iyah dan al hijamah,insyaAllah penyakit gangguan jin anda cepat sembuh,jadi tak perlulah mencari kaedah-kaedah power ataupun perawat-perawat power yang ada nama lagi..Setiap kaedah perubatan yang disebutkan dalam al quran dan hadis mempunyai jaminan kesembuhan dari Allah SWT.Dalam sibuk kita berikhtiar dalam rawatan,nasihat kami ialah utamakanlah kaedah al quran dan sunnah....

"Sebagai umat islam sama-samalah kita menyokong RAWATAN ISLAM R…

BARU BACA BISMILLAH DAH MERASUK.....

Image
Kisah kali ini pula adalah rawatan terhadap seorang surirumah yang tinggal berhampiran pusat rawatan kami di Petaling Jaya.Beliau sering mengalami masalah sukar tidur dan sakit dada,dalam masa yang sama sudah kerap kali menjalani pemeriksaan di hospital tetapi pihak perubatan moden tidak dapat mengesan puncanya.
Akhirnya beliau berjumpa saya untuk mendapatkan rawatan ruqyah,lalu saya terus membacakan ayat-ayat ruqyah dimulai dengan kalimah Bismillah...Habis saja saya membaca Bismillah, pesakit terus merasuk dengan agresif,saya terus menyedarkan pesakit dan tidak meruqyah lagi.Saya hanya meruqyah pada air mineral yang pesakit bawa.Memang prosedur kami sedari dulu lagi supaya tidak membiarkan pesakit kerasukan terlalu lama, kerana lagi lama pesakit merasuk maka makin luas juga wilayah roh dikuasai syaitan,dan ini secara tak langsung akan melambatkan kadar kesembuhan pesakit.Saya menamatkan rawatan dan menyuruh pesakit minum air dan mandi air doa bersama ais selama 7 hari berturut-turu…