SIHIR FACEBOOK SEMAKIN MENJADI-JADI


Baru-baru nie rakan perawat saya Utz Haikal mendapat jemputan untuk merawat satu kes sihir pemisah rumahtangga di Gombak, kes sihir ini adalah angkara FACEBOOK...

Pesakit merupakan seorang wanita yang berkerjaya dan berpendapatan tinggi dan mula mengenali suspect (penyihir) melalui facebook secara suka-suka. Lama-kelamaan pesakit mulai angau dan dingin terhadap suami sendiri. Demi menguatkan lagi pengaruh sihir, suspect mengirim ikan terubuk pula melalui pos laju kepada pesakit, biasalah guna teknik sihir makan. Selepas pesakit makan ikan terubuk tersebut, pesakit sudah mulai panas baran dan kerap bergaduh dan ingin meminta cerai dari suami tercinta dan pada masa yang sama tergila-gilakan lelaki yang baru dikenali melalui facebook tersebut.

Dipendekkan cerita, ramai kes sihir facebook ini adalah terdiri daripada mangsa wanita yang berpendapatan tinggi. Modus operandi sihir facebook tak lain dan tak bukan hanyalah untuk memperdayakan kewangan mangsa tersebut.

Sihir facebook terjadi akibat kita meletakkkan gambar dan si penyihir lantas memuja gambar kita untuk mendapatkan segala hajat mereka.

Berhati-hatilah yer wahai wanita jika terlalu aktif dalam facebook...
"Sebagai umat islam sama-samalah kita menyokong RAWATAN ISLAM RUQYAH SYAR'IYAH,kerana rawatan islam ini adalah warisan perubatan Rasulullah SAW"

Comments

Popular posts from this blog

KHIDMAT RAWATAN JARAK JAUH

BARANG SIHIR DALAM BADAN

KHIDMAT RAWATAN JARAK JAUH