MERUQYAH BOMOH Part 1-JUBIN DAPUR MELETUP











Seminggu yang lepas saya telah di jemput oleh kenalan saya ke Shah Alam untuk melakukan Ruqyah untuk beliau yang sering mengalami sakit-sakit lutut. Beliau merupakan bomoh kecil-kecilan mengubat orang yang bekerja sepenuh masa. Dipendekkan cerita, apabila saya telah sampai di apartment beliau, saya terus menyuruh beliau mengambil sebotol air mineral dari dapur untuk dibacakan Ruqyah. Saya pun terus melakukan sesi Ruqyah kepada beliau. Tiba-tiba bunyi kuat seperti letupan telah berlaku di dapur. Saya terus meluru dan melihat kejadian tersebut, di dapati semua jubin lantai dapur beliau telah merekah dan pecah dengan banyak sekali. Saya tetap terus melakukan Ruqyah sehingga tamat.  Kemudian beliau memberitahu saya ada ternampak satu lembaga di dapur tersebut. Saya menyuruh untuk tidak mengendahkannya, biar dia buat hal dia, kita dengan hal kita sahaja.  Selepas seminggu saya akan berjumpa beliau untuk rawatan susulan lagi, tetapi dari apa yang saya nampak beliau macam tidak begitu berminat lagi dengan ilmu perbomohannya dan berazam untuk membersihkan diri dari segala ilmu-ilmu sesat tersebut...Rawatan tamat..
"Sebagai umat islam sama-samalah kita menyokong RAWATAN ISLAM RUQYAH SYAR'IYAH,kerana rawatan islam ini adalah warisan perubatan Rasulullah SAW"

Comments

  1. Assalamualaikum ustaz.. saya amat berminat untuk mempelajari ilmu perubatan islam ini. Bagaimana saya hendak berguru dan sekaligus dapat menjadi perawat islam yang betul. Ustaz boleh emailkan kepada saya di sufikreatif@hotmail.com atau di talian 0192602976.-Saiful

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KHIDMAT RAWATAN JARAK JAUH

KHIDMAT RAWATAN JARAK JAUH

BARANG SIHIR DALAM BADAN