Thursday, 23 June, 2011

MERAWAT SIHIR GATAL-GATAL BADAN

Semalam ada seorang surirumah mengadu yang beliau sering mengalami masalah gatal-gatal pada badan setiap malam, dan sudah puas berubat di klinik dan makan ubat gatal tapi masih tak sembuh-sembuh juga. Semalam beliau pun datang ditemani oleh suami beliau dan tanpa melengahkan masa sesi ruqyah pun dimulakan. Semasa dibacakan ruqyah, pesakit tidak menunjukkan sebarang reaksi, tetapi apabila habis sahaja ruqyah dibacakan, pesakit kerasukan selama 30min sehingga menyukarkan perawat dan suami untuk menyedarkan ia semula. Saya syorkan pesakit rajin membaca Al-Quran supaya syaitan tidak mengusai rohnya di masa-masa akan datang. Kami telah membekalkan 2 botol air bidara ruqyah untuk dibuat minum dan mandi selama 7 hari.  Rawatan tamat.

"Sebagai umat islam sama-samalah kita menyokong RAWATAN ISLAM RUQYAH SYAR'IYAH,kerana rawatan islam ini adalah warisan perubatan Rasulullah SAW"

1 comment:

  1. salam...ade buat folow up tak, camne ng psakit tu sekarang.... dah ok ke dia?

    ReplyDelete