APAKAH HERBA TERBAIK DALAM MERAWAT PENYAKIT GANGGUAN JIN ?


Herba terbaik dan mengikut sunnah dalam merawat gangguan jin ialah DAUN BIDARA. Caranya anda cari 21 helai daun bidara (banyak ditanam di Darul Syifa Bangi), tumbuk 7 helai daun bidara dengan lesung batu hingga lumat, ambil setengah sudu daun bidara yang lumat tadi masukkan ke secawan air mineral. Bacakan kursi 11x dan tiup air tersebut 10saat lalu minum selepas waktu asar.




Lebihan daun bidara yang dalam lesung batu tadi tu masukkan pula kedalam sebesen besar air paip, bacakan kursi 11x juga lalu tiup 10 saat pada air tu, lakukan mandian bilasan terakhir selepas waktu Asar ke atas. Cara mandinya jirus air rawatan tu di kepala secara perlahan-lahan dan biarkan kering dibadan tanpa lap.
Semua kaedah minum dan mandian air daun bidara tadi perlu dilakukan selama 3 hari berturut-turut, InsyaAllah sembuh segala penyakit gangguan jin anda baik histeria, santau, sihir mahupun saka. Selamat mencuba...

"Sebagai umat islam sama-samalah kita menyokong RAWATAN ISLAM RUQYAH SYAR'IYAH,kerana rawatan islam ini adalah warisan perubatan Rasulullah SAW"


Comments

Popular posts from this blog

KHIDMAT RAWATAN JARAK JAUH

KHIDMAT RAWATAN JARAK JAUH

BARANG SIHIR DALAM BADAN