AL KISAH MERAWAT KES BUSUNG

Dua hari lepas saya didatangi seorang pesakit lelaki yang mengadu masalah busung yang dialaminya sejak 3 minggu dimana perutnya membesar sedikit dari biasa dan sakit memulas-mulas seperti terasa angin bisa yang tersekat didalam perutnya.

Saya tanpa melengahkan masa meletakkan tapak tangan kanan saya diatas perut pesakit dan membacan set ayat ruqyah. Selama dibacakan ayat ruqyah, pesakit kelihatan makin gelisah dan berkerut-kerut dibahagian muka seolah-olah sedang menahan sakit. Setelah tamat bacaan ruqyah, saya meniup 10 saat pada 4 botol air mineral dan juga sebotol madu. Saya menyuruh pesakit minum secawan air ruqyah bersama campuran madu 3x sehari selama seminggu supaya angin-angin jahat yang tersekat dari dalam perut mudah keluar, insyaAllah. Rawatan tamat.
 
"Sebagai umat islam sama-samalah kita menyokong RAWATAN ISLAM RUQYAH SYAR'IYAH,kerana rawatan islam ini adalah warisan perubatan Rasulullah SAW"

Comments

Popular posts from this blog

KHIDMAT RAWATAN JARAK JAUH

KHIDMAT RAWATAN JARAK JAUH

BARANG SIHIR DALAM BADAN