ADUHHH!! GATAL DAN PANAS TEKAK KU BILA MENJELANG MAGHRIB !!!

Semalam saya berkesempatan merawat seorang surirumah yang sering mengadu masalah batuk dan tekak terasa panas bila menjelang senja.  Apabila berjumpa doktor tiada penyakit apa pun dapat dikenal pasti. Sebelum memulakan rawatan saya lakukan scanning dengan memicit sendi-sendi pada badan pesakit.  Pesakit mengatakan semua sendi terasa sangat sakit apabila dipicit oleh saya.  Ini petanda sah bahawa pesakit ini ada mengalami gangguan jin kategori santau. Saya pun membacakan set ruqyah syar'iyah kepada pesakit tersebut.  Semasa proses ruqyah dibacakan, pesakit mengalami batuk yang semakin kerap dan kuat.  Selesai sahaja ruqyah, saya memberi pesakit minum air ruqyah beserta madu. Sebelum pesakit pulang, saya membekalkan sebotol madu dan 3 botol besar air ruqyah untuk dibuat minum sebanyak 3x sehari selama seminggu. Pesakit juga perlu berpantang selama sebulan untuk tidak menjamah segala minuman berlimau, makanan pedas, rebung dan juga jeruk buah-buahan.
"Sebagai umat islam sama-samalah kita menyokong RAWATAN ISLAM RUQYAH SYAR'IYAH,kerana rawatan islam ini adalah warisan perubatan Rasulullah SAW"

Comments

Popular posts from this blog

KHIDMAT RAWATAN JARAK JAUH

KHIDMAT RAWATAN JARAK JAUH

BARANG SIHIR DALAM BADAN